Bersempena konvokesyen, la­zimnya UTMSpace akan mengadakan majlis khas untuk meraikan graduan cemerlangnya. Namun, tahun ini buat pertama kalinya, majlis diadakan dengan menggabungkan graduan cemerlang daripada dua buah program utama UTMSpace iaitu Program Pengajian Separuh masa dan Program Kerjasama.

Majlis Anugerah Graduan Cemerlang bagi kedua-dua program tersebut telah diadakan pada 27 April lalu di Hotel Impiana, Senai, Johor Bahru dan ia disempurnakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif UTMSpace, Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim.

Tiga kategori telah disediakan pada majlis anugerah tersebut iaitu Anugerah Dekan dengan 93 penerima, Hadiah Akademik UTM­Space (30 penerima) dan Hadiah Khas UTMSpace (13 pe­nerima).

Tahun ini, seramai 532 graduan Pengajian Separuh Masa berjaya menamatkan pengajian mereka dan daripada jumlah tersebut, seramai 79 graduan menerima Anugerah Dekan UTMSpace kerana berjaya memperoleh ijazah ke­las pertama.

Bagi Program Kerjasama UTMSpace pula, seramai 584 graduan berjaya menamatkan pengajian dengan 14 gra­duan turut me­nerima Anugerah Graduan Cemerlang atas kecemerlangan akademik mereka.

Turut diumumkan adalah beberapa kategori bagi Hadiah Khas UTMSpace iaitu Kategori Suami Isteri, Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dan Penerima Anugerah Graduan Cemerlang Program Pe­ngajian Separuh masa.

Bagi kategori OKU, seramai tiga graduan terpilih memenangi hadiah khas tersebut iaitu gra­duan program Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Nik Izyan Nik Omar Al Haded yang cacat penglihatan, graduan program Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Wan Qatrunnada Wan Zabidi (kecacatan fizikal) dan gra­duan program Sarjana Muda Sains Komputer (kejuruteraan Perisian), Mohd. Zaidi Mohd. Yusoff.

Manakala seramai 18 orang graduan iaitu sembilan pasangan menerima anugerah bagi kategori suami isteri.

Selain itu, Noor Wahida Sulaiman yang merupakan graduan Program Sarjana Muda Pengurusan (Teknologi) diumumkan sebagai penerima Anugerah Gra­duan Cemerlang bagi Program Pengajian Separuh Masa kerana berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.89.

Pada masa sama, seramai 13 graduan diploma dan seorang graduan ijazah daripada Kolej Kerjasama dianugerahkan sebagai graduan cemerlang dalam maj­lis tersebut.

Mereka adalah graduan program Diploma Sains Komputer (Multimedia), Chen Hui Ying di­ikuti graduan program Diploma Sains Komputer, Muhammad Ammar Ibrahim dan graduan Diploma Pengurusan Teknologi, Ramlin Jati Abdullah. Ketiga-tiga penerima adalah graduan daripada Kolej Kerjasama yang berkolaborasi dengan UTMSpace.

Sementara itu. Dr. Mohd. Azraai dalam ucapannya turut menekankan bahawa budaya pem­belajaran sepanjang hayat amat penting dalam perkembangan semasa yang berteraskan teknologi.

Menurut beliau, budaya pem­belajaran sepanjang hayat memastikan masyarakat kekal peka terhadap perkembangan dunia dan keperluan industri, di sam­ping meningkatkan daya saing dan keupayaan seseorang melalui kemahiran dan pengetahuan baharu.

Katanya, konsep Revolusi Industri 4.0 telah mula menampak­kan peranannya dan perubahan itu telah pun berlaku dan bakal berkembang pesat pada masa akan datang disebabkan ledakan teknologi, pertukaran iklim serta perubahan demografi sosioeko­nomi di serata dunia.