Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata, pelantikan itu bagi mengisi kekosongan jawatan sekali gus menggantikan para pegawai yang bersara.

“Pelantikan bagi menggantikan pegawai yang bersara berkuatkuasa pada 23 Dis 2018 dengan surat pelantikan oleh KPPM (Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia).

“Di samping itu berlaku juga pergerakan dalaman kalangan pengetua bagi mengisi kekosongan dan pergerakan Kepimpinan Pendidikan Terengganu,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

SHAFRUDDIN ALI HUSSIN (duduk, tengah) bersama beberapa pengetua yang terlibat dengan pelantikan bah

SHAFRUDDIN ALI HUSSIN (duduk, tengah) bersama beberapa  pengetua yang terlibat dengan pelantikan baharu dalaman jabatan itu di Kuala Terengganu, baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Berikut adalah senarai pelantikan baharu di JPNT dan PPD:

Muie Ngah (PPD Dungun ke KS SPS), Mohd. Adnan Salleh (PPD Marang ke KS SPP),

Jalaluddin Ismail (PPD Hulu Terengganu ke KS SJQ), Mohamad Nawawi Abd. Rani (TPPD Marang ke PPD Marang).

Rosli Chik (KPP SPS ke PPD Hulu Terengganu),

Salim Ab. Ghani (Pengetua SESTER ke PPD Dungun) dan Abdullah Sulong (Pen.PPD Akademik ke Timbalan PPD Marang).

Manakala pergerakan melibatkan kepemimpinan sekolah Terengganu pula ialah Dr. Aminuddin [email protected] (Pengetua SMA Ittifakiah ke SMK Matang), Kamsah @ Kamal Mohamed (Pengetua SMK Belara ke SM Sains Sultan Mahmud), M Nasir Ismail (Pengetua SMK Padang Kemunting ke SMK Belara).

Yunus Jusoh (Pengetua SMK Putera Jaya ke SMK Padang Kemunting), Noriah Haron (Pengetua SMA Khairiah ke SMKA Sheikh Abdul Malek), Ab. Rahim [email protected] Ghani (Pengetua SMKA Sheikh Abdul Malek ke SMKA Pahang) dan Hilmi Hassan (Pengetua SMKA Pahang ke SMA Ittifakiah).

Tun Mohd. Salim Tun Ibrahim (PKP SMA Mahmudiah dilantik sebagai Pengetua SMK Kuala Jenderis) dan Hafizah Said (PKP SMKA Durian Guling dilantik sebagai Pengetua SMA Khairiah). - UTUSAN ONLINE