Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Jatuh motosikal perkara biasa

Ahmad Saidin Mohamad  Idris mengharungi jalan berlumpur dan berbukit 2
AHMAD Saidin Mohamad Idris mengharungi jalan berlumpur dan berbukit serta licin untuk ke SK Lenjang.

LIPIS 15 Mei – Jarak Sekolah Kebangsaan (SK) Lenjang di sini dengan jalan utama hanya kira-kira 35 kilometer tetapi tempoh perjalanan ke situ mengambil masa hampir tiga jam.

Hal demikian kerana laluan masuk ke sekolah berkenaan yang belum sempurna dengan perlu melalui jalan berbukit, berlubang dan berlumpur.

Namun itulah realiti ditempuhi oleh guru-guru yang bertugas di sekolah terletak di kawasan pedalaman berkenaan untuk berulang alik atau keluar berjumpa ahli keluarga.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Lenjang, Ahmad Saidin Mohamad Idris, 40, berkata, oleh kerana sering menggunakan laluan mencabar berkenaan, guru-guru di situ menganggapnya rutin biasa yang perlu ditempuhi demi melaksanakan amanah mendidik anak-anak Orang Asli.

Katanya, keadaan jalan yang teruk dan mencabar itu menyebabkan kebanyakan guru memilih untuk menunggang motosikal dan ada sebahagian daripada mereka menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke sekolah tersebut.

“Kejadian terjatuh daripada motosikal dianggap sebagai ‘salam perkenalan’ kepada guru-guru baharu. Boleh dikatakan semua guru yang bermotosikal pernah jatuh motosikal ketika melaui jalan itu dan mengalami kecederaan.

“Selain itu, pelbagai risiko dihadapi seperti berdepan ribut yang mana saya sendiri pernah menerima beberapa jahitan di tangan selepas melanggar pokok buluh yang tumbang akibat ditiup angin kencang,” katanya.

Ahmad Saidin yang telah empat tahun berkhidmat di sekolah itu berkata, dia berulang alik menunggang motosikal dari rumahnya di Sungai Koyan dekat sini ke sekolah berkenaan tetapi tidak pernah melunturkan semangatnya untuk terus berkhidmat.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain