Amirah Mohd. Zahari,24, yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) lebih sebulan lalu adalah graduan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Sastera) dan merupakan graduan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.20.

Penyakit itu yang tiba-tiba menyerangnya sejak Jun lalu sehingga menyebabkan gangguan saraf, pergerakan lemah serta percakapan dan penglihatannya terjejas sekali gus menyebabkan Amirah gagal menghadiri Istiadat Konvokesyen UMK pada pertengahan Oktober lalu.

NAIB Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr Husaini Omar menyampaikan ijazah ke
NAIB Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Datuk Dr Husaini Omar menyampaikan ijazah kepada graduan UMK, Amirah Mohd Zahari di atas katil Wad 3 Utara dalam istiadat konvokesyen mini di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE/ ASMA HANIM MAHMOOD

Majlis hari ini mencatat sejarah bukan sahaja untuk Amirah bahkan UMK sendiri apabila Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr Husaini Omar dan pengurusan tertinggi universiti itu hadir ke Wad 3 Utara HUSM lengkap berjubah rasmi bagi menyampaikan segulung ijazah kepadanya.

Amirah yang turut dipakaikan jubah konvokesyen berkata, dia sangat gembira kerana UMK memenuhi impiannya untuk mengecap secebis kenangan menerusi istiadat mini tersebut.

"Saya ucapkan terima kasih kepada universiti dan juga hospital yang merawat saya.

"Saya suka dapat pakai jubah konvokesyen dan bercita-cita menjadi seorang pegawai penyelidik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pemangku Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Adam Husein dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMK, Prof. Dr. Mohd Rafi Yaacob.

PASUKAN perubatan yang merawat graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Sastera) UMK, Amirah M

PASUKAN perubatan yang merawat graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan (Sastera) UMK, Amirah Mohd Zahari turut gembira meraikan kejayaannya dalam istiadat konvokesyen mini di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kota Bharu hari ini. - UTUSAN ONLINE/ ASMA HANIM MAHMOOD

Majlis itu turut disaksikan ibu bapa Amirah, Mohd Zahari Saat, 63 dan Noriah Mamat, 54 serta pasukan yang merawatnya diketuai Pakar Perubatan Neurologi HUSM, Dr Sanihah Abdul Halim.

Istiadat unik tersebut diakhiri dengan pengisytiharan Amirah sebagai alumni UMK oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMK, Prof. Dr Zaliman Sauli. - UTUSAN ONLINE