IPGKBA dalam kenyataan di sini memberitahu, pameran yang berlangsung di kampus IPGKBA Lembah Pantai tersebut dirancang untuk mewujudkan kerjasama antara siswa pendidik dan pensyarah di Institut Pendidikan Guru terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pembelajaran mereka.

ANTARA karya kreatif siswa IPGKBA yang dipamerkan.

Ini termasuk mewujudkan pemantapan mata pelajaran PSV melalui bengkel di samping memupuk sensitiviti terhadap alam sekeliling serta amalan-amalan positif yang harus diterapkan dalam diri pelajar.

Pameran itu bagi menghargai pelajar terbabit melalui hasil karya mereka yang dipamerkan.

ANTARA karya kreatif yang dipamerkan.

Di samping itu ia jga bertujuan mewujudkan kerjasama antara siswa pendidik dan PSV di IPG untuk melaksanakan sesuatu aktiviti bersama-sama.

Daripada pamera itu juga dapat diukur tahap perkembangan siswa pendidik PSV .

Selain itu, pameran berkenaan juga dapat menjadikan aktiviti-aktiviti berkaitan seni visual sebagai sebahagian daripada aktiviti pendidikan serta membuka minda berfikir secara kreatif

dan memupuk daya kreativiti dalam penghasilan karya menerusi pendekatan eksplorasi.

Melalui pameran itu juga para siswa pendidik PSV dapat memupuk semangat kerjasama sesama mereka terutama dalam perancangan, pengurusan dan membuat keputusan. - UTUSAN ONLINE