Pensyarah Fakulti Pendi­dikan, Universiti Malaya (UM), Prof. Emeritus Datuk Isahak Haron berkata, kumpulan-kumpulan elit Melayu ini sudah terdedah dan terbiasa dengan penggunaan bahasa Inggeris di luar negara sehubungan itu mereka juga mahu anak-anak mereka menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik.

“Sebenarnya, golongan elit keluarga Melayu yang hendak kerana mereka terdedah dengan

ISAHAK HARON
ISAHAK HARON 

budaya bahasa Inggeris dan anak-anak mereka juga menggunakan bahasa Inggeris. Oleh itu, mereka mahu anak-anak mereka menguasai Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, itu fenomenanya.

“Golongan kecil elit Me­layu serta bukan Melayu ini yang berpendidikan Inggeris ini mahukannya malah merayu tetapi sebahagian besar pelajar Me­layu lebih senang untuk menggunakan bahasa Melayu tetapi pada masa yang sama ingin menguatkan pe­nguasaan bahasa Inggeris mereka,” katanya ketika dihubungi Ming­guan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan mengambil pendekatan mem­­benarkan peng­ajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah namun pada masa sama pengajaran kedua-dua subjek itu dalam bahasa kebangsaan tetap diteruskan.

Katanya, pendekatan jalan tengah itu diambil kerana ada rakyat Malaysia menyokong penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran mata pelajaran itu selain ramai berpendapat

AWANG SARIYAN
AWANG SARIYAN 

bahasa Inggeris akan menjadikan seseorang yang lulus lebih mudah diterima di pasaran.

Sementara itu, Isahak berpandangan, bagi memastikan pelajar-pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik, kaedah pembelajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah sewajarnya ditambah baik dan diperkukuhkan.

“Tiada isu sebenarnya untuk Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris tetapi sebaliknya cara dan kaedah meng­ajar bahasa Inggeris yang perlu diperbaiki lagi berdasarkan ke­perluan murid-murid kita.

“Ada caranya untuk memperkukuhkan pengajaran bahasa Inggeris dan menjadikan ia lebih berkesan kepada pelajar. Apabila pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris, mereka juga boleh membaca dan menulis pelbagai topik lain bukan sahaja Sains dan Matematik,” katanya.