Dominic berkata, ini berikutan laporan mengatakan bahawa gaji graduan universiti jatuh kerana kekurangan kemahiran digital dalam kalangan mereka.

“Banyak industri tradisional telah berubah secara beransur-ansur. Malah bidang perbankan, media dan industri runcit juga telah bergerak ke arah e-perniagaan. Contohnya seperti Rakuten Inc. dari Jepun telah menghantar pekerja mereka ke kursus komputer untuk meningkatkan daya saing pasaran mereka.

“Oleh itu, jika pelajar universiti atau kolej yang ada tidak mempunyai kemahiran asas digital, mereka akan tenggelam dalam pasaran.

Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap perkara ini dan mengambil langkah relatif untuk menangani isu itu melalui mekanisme pendidikan universiti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE