Pertandingan anjuran Universiti Malaya itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dalam mempersembah dan mempamerkan idea serta hasil penyelidikan.

Pelajar Sarjana Muda Pusat Pengajian Hartanah memperoleh sembilan medal dan anugerah 'Outstanding Undergraduate Award ', Pusat Pengajian Pengurusan Pembinaan (lima medal), Pusat Pengajian Ukur Bangunan (17 medal), Pusat Pengajian Ukur Bahan (dua medal) dan Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik dianugerah satu medal.

BEURC2019 disertai oleh pelajar dari pelbagai universiti tempatan dan luar negara. - UTUSAN ONLINE