Ketibaan beliau bersama 14 anggota pengurusan Pusat Sukan itu disambut Penolong Pengarang 2 Kosmo!, Jamdi Nasir; Penolong Pengarang Sukan Utusan Malaysia, Aizawati Ahmad serta bahagian korporat dan pemasaran Kumpulan Utusan.

Lawatan sulung Hanafiah itu bertujuan mencari kaedah terbaik untuk berkolaborasi dan memenuhi kepentingan dua hala antara Utusan Malaysia dan Pusat Sukan, UPM dalam program-program yang bakal diadakan. 

"Saya gembira kerana berpeluang melawat dan mendedahkan pegawai serta pelajar mengenai pekerjaan wartawan di Utusan Malaysia selain mencari ruang dalam mempromosikan banyak lagi program di masa akan datang.

"Kami sering kali keliru dengan platform untuk mempromosikan atlet dan pegawai dalam media arus perdana, namun dalam lawatan kali ini banyak ruang kerjasama boleh dijalinkan untuk tujuan itu," katanya.

Delegasi itu turut meluangkan masa kira-kira dua jam dalam sesi perbincangan selain melawat dan meninjau gerak kerja di Jabatan Pengarang Utusan Malaysia dan Kosmo!. - UTUSAN ONLINE.