Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebagai permulaaan kaedah itu dilaksanakan melibatkan kira-kira 40 sekolah rendah dan menengah di luar bandar yang lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

“Menerusi kaedah itu, CATs berupaya melatih para murid dan pelajar menerusi pendedahan terbaharu khususnya pembelajaran secara dalam talian.

“Langkah ini merupakan antara satu strategi Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan para pelajar di negara ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penerangan Strategi Pelaksanaan Bahasa Inggeris Ke Arah Kemenjadian Murid di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE