Majlis Amanah Rakyat (Mara) dalam satu kenyataan memberitahu, ketiga-tiga pelajar lepasan MRSM yang menerima tawaran adalah Muhammad Aniq Hilman Haslimi iaitu alumni MRSM Baling, Kedah dan dua lagi alumni MRSM Parit, Perak iaitu S. Mateshan Varma dan Grace Sian Ern Hui.

Jelas kenyataan itu, Muhammad Aniq Hilman, Mateshan Varma dan Grace yang juga pelajar asasi di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru sahaja menamatkan pengajian tahun ini.

“Ketiga-tiga pelajar itu menerima tawaran berkenaan pada awal bulan ini dan berbeza dari segi bidang ketenteraan iaitu laut, darat dan udara.

“Syarat kelayakan kemasukan ke akademi tersebut adalah ketat kerana calon yang memohon perlu melalui beberapa fasa untuk melepasi ujian yang telah ditetapkan. Namun begitu, mereka telah berjaya selepas bersaing dengan 100 pemohon lain,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE