Kemenangan Ahmad Faris Hazimi itu membanggakan SRI Kiblah, lebih-lebih lagi ini kali kedua berturut-turut peserta sekolah itu menjadi johan peringkat daerah sebelum menjadi wakil daerah untuk bersaing di peringkat negeri.

Sementara itu, seorang lagi murid SK Kiblah, Amrah Maruan, 11, pula dinobatkan sebagai johan kategori hafazan dan juga bakal bersaing di peringkat negeri.

Guru Besar SRI Kiblah, Suhaina Abdullah memberitahu, Ahmad Faris Hazimi yang juga Ketua Murid seorang yang tekun dan dia mempelajari kaedah membaca al-Quran dengan betul seawal usia 7 tahun.

"Sebagai persiapan menghadapi pertandingan ini, pihak sekolah mengadakan kerjasama dengan Madrasah As-Sobariah bagi membimbing murid-murid kami.

"Mereka kini sedang membuat persiapan bagi menghadapi tilawah peringkat negeri pula," katanya. - UTUSAN ONLINE