Program itu adalah anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Taman dan Ameniti (PPPTA) melalui Persatuan Pengurusan Taman dan Ameniti, Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Program yang dihadiri seramai 72 orang pelajar semester 1 hingga semester 3 ini berlangsung selama tiga hari bermula 29 Mac di Taman Wetland di sini.

Program itu turut disertai oleh barisan pensyarah PPPTA iaitu Dr. Ahmad Nazrin Aris Anuar, Azman A Rahman, Firdaus Chek Sulaiman, Ely Rouzee Jamaludin, Norajlin Jaini dan Siti Noorbaizura Bookhari.

Program tradisi yang dianjurkan saban tahun ini mendapat kerjasama daripada Perbadanan Putrajaya yang diwakili Mohamad Mirza Izaat Zulkefli dan bertujuan untuk menerap serta meningkatkan kemahiran insaniah dan memupuk kemahiran berkerjasama peserta sama ada secara individu mahupun berkumpulan.

Malah program berkenaan turut memberi pendedahan kepada peserta untuk berbakti kepada alam sekitar dan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

Antara akviti alam sekitar yang dijalankan adalah mengecat dan memperindahkan fasiliti di kawasan tapak perkhemahan Taman Wetland.

Menariknya, program ini turut menyelitkat slot alumni talk iaitu seramai lapan orang alumni PPPTA telah meluangkan masa untuk memberi penerangan dan bertukar-tukar pendapat agar peserta memperolehi idea mengenai cabaran alam pekerjaan yang bakal mereka hadapi apabila tamat belajar kelak.

Seterusnya, kemuncak program ini adalah aktiviti kesukarelawan dengan peserta melakukan aktiviti pembaikan dan pembersihan di kawasan sekitar Taman Wetland, Putrajaya. - UTUSAN ONLINE