Selepas menerima Anugerah Persembahan Terbaik di Beijing, China; London, United Kingdom dan Orlando, Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini, CIDS me­nerima pujian serta maklum balas positif daripada peserta Persida­ngan Antarabangsa Mengenai Pendidikan Globalisasi Guru anjuran Universiti Dr. C.V. Raman di Bilaspur, India.

Naib Canselor Universiti C.V. Raman, Profesor R.P. Dubey berkata, CIDS menepati ciri-ciri pendidikan masa kini terutama dalam membantu guru merancang pengajaran yang sistematik dan profesional.

“Hal ini penting kerana guru harus fokus dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan melalui perancangan yang menepati kehendak semasa,” katanya ketika menutup persidangan itu.

Dr. Ismail dijemput oleh pe­nganjur untuk membuat dua sesi pembentangan mengenai CIDS dalam persidangan ini yang melibatkan 250 peserta terdiri daripada guru dan pentadbir institusi pendidikan dari seluruh India.

Penerimaan peserta ternyata amat menggalakkan apabila sebahagian besar teruja mencuba sistem CIDS yang boleh diakses di http://asiemodel.net.

Sementara itu, Ketua Jabatan Pendidikan Universiti Dr. C.V. Raman, Dr. P. K. Naik memberitahu, pihaknya selaku penganjur berbesar hati menjemput Dr. Ismail sebagai penceramah undangan dalam persidangan ini bagi memanfaatkan kelebihan CIDS dalam membantu memperkasakan profesion kegu­ru­an di pe­ringkat global.

“Kami mula tertarik dengan CIDS ketika Dr. Ismail membuat pembentangan dalam persidangan di Sri Lanka dan dari situ kami terinspirasi untuk menjemput beliau berkongsi kepakaran dan pe­ngetahuan dengan warga pendidik di India,” katanya.

Dalam pada itu, peserta persidangan, Dr. Vidyapati berpendapat, CIDS mempunyai potensi untuk diaplikasikan di sekolah-sekolah di peringkat antarabangsa kerana sistem itu amat prak­tikal.

“CIDS juga memenuhi kehendak pendidikan abad ke-21 di peringkat global,” kata Ketua Jabatan Pendidikan Pascaijazah Ewing Christian P. G. College, Allahabad ini.