Mansor dikatakan rebah ketika imam masjid itu, Ali Ahmad bersama jemaah lain menunaikan solat kira-kira pukul 6 pagi.

Anak lelakinya, Mahizaar Mansor, 41, berkata, dia begitu terkejut bila mengetahui bapanya meninggal dunia dalam kawasan masjid berkenaan.

"Sebaik mengetahui bapa jatuh di situ, saya terus bergegas ke masjid dan mendapati dia pun meninggal dunia," katanya di sini hari ini.

Seorang jemaah, Rosedi Ismail, 57, berkata, dia sempat bersembang dengan Mansor sebelum sembahyang subuh bersama jemaah yang lain.

"Sebaik sahaja jemaah selesai sahaja solat, kami lihat Mansor  rebah.

"Ramai yang terkejut bila melihatnya dan ramai jemaah mengangkatnya dan letak di satu tempat sebelum urusan pengkebumian dilakukan kira-kira pukul 11 pagi ini," katanya.-UTUSAN ONLINE