Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

95 peratus lepasan GiatMara perolehi pekerjaan

GiatMara
SEBAHAGIAN graduan ceria dengan sijil masing-masing di Majlis Graduasi 2016 GiatMara negeri Kelantan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

KOTA BHARU 18 Mei - Sebanyak 95 peratus lepasan GiatMara berjaya mendapat pekerjaan dan menjadi usahawan selepas tamat menjalani kursus setiap tahun.

Pengerusi GiatMara Malaysia, Datuk Azian Othman berkata, sejak pusat latihan GiatMara ditubuhkan 31 tahun lalu, seramai 343,000 graduan telah dilahirkan dan menjadi rebutan industri.

Justeru, katanya, alumni GiatMara perlu berbangga dan tidak merasa malu dengan gelaran lepasan kemahiran.

“Sejak pusat GiatMara pertama ditubuhkan di Jitra, Kedah pada 1986, kini kita sudah mempunyai 231 cawangan di seluruh negara.

“Kami menawarkan 67 pilihan kursus dengan tempoh latihan antara enam bulan sehingga dua tahun.

“Berbanding sesetengah kolej swasta, lepasan GiatMara sangat dipercayai dan diyakini industri sebab itu sepatutnya tidak timbul soal terpaksa menganggur melainkan kerana faktor malas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Graduasi 2016 GiatMara negeri Kelantan di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 556 graduan daripada 1384 pelatih di 15 cawangan GiatMara Kelantan yang berjaya menamatkan pengajian tahun lalu menerima sijil profesional masing-masing.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif GiatMara, Jamal Nasir Othman dan Pengarah GiatMara Kelantan, Adek Awang Semail.

Sementara itu, seorang pesara tentera laut, Raisham Ramli, 41, dari Kedai Lalat di sini berkata, dia gembira membuat keputusan tepat mengambil kursus konfeksionari dan bakeri di GiatMara Kubang Kerian tahun lalu.

“Dunia sebagai seorang awam sangat berbeza selepas 21 tahun berkhidmat sebagai tentera.

“Melalui ilmu dan bimbingan saya dapat daripada GiatMara, saya kini berupaya membuka sebuah kedai roti secara kecil-kecilan untuk menyara keluarga,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain