Mereka di bawah seliaan Mohamad Amin Junid, Hamidon Abdullah, Nur Maizura Ahmad Noorhani dan Arniatul Aiza Mustapha membentangkan projek bagi tahun ini.

Turut hadir ialah panel-panel penilai daripada kalangan profesional dan pakar industri, yang kebanyakan subjek diketengahkan merangkumi subjek inovatif dan futuristik seperti ‘Ai Fusion Gallery’, ‘Urban Agriculture Centre’ dan ‘Droneport Malaysia’.

fsu-3

‘Urban Agriculture Centre’ – Gambar oleh Izwa Zainudin | https://www.artstation.com/izwazainudin

Projek rekabentuk ‘AI Fusion Gallery’ adalah merupakan galeri interaktif yang mempamerkan tentang perumahan komuniti yang mampan.

fsu6

‘AI Fusion Gallery’ – Gambar oleh Farhan Shuib | Instagram @farhanshuib

Pereka projek, Farhan Shuib menyampaikan penterjemahan AI (artificial intelligence) yang lain daripada pandangan klise masyarakat tentang teknologi ini, di mana rekabentuk projek tersebut dan perinciannya memberi perhatian kepada mekanisma-mekanisma kecil yang merupakan komponen penting untuk sesuatu teknologi AI itu berfungsi.

Satu lagi projek yang menarik ialah ‘Urban Agriculture Centre’ oleh Izwa Zainudin, yang merupakan pusat komuniti dan informasi berkenaan teknologi inovatif dalam bidang pertanian dalam bandar.

fsu-4

‘Urban Agriculture Centre’ – Gambar oleh Izwa Zainudin | https://www.artstation.com/izwazainudin

Bersandarkan hasrat Malaysia untuk mengurangkan kadar import makanan dan bahan mentah dari luar negara, projek rekabentuk ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada orang awam tentang teknologi dan teknik penanaman yang boleh dilakukan sendiri di rumah.

Antara inovasi yang diterapkan dalam projek ini adalah teknologi ‘hydroponic’ iaitu proses penanaman tanpa tanah yang hanya memerlukan air sebagai nutrien dan cahaya semulajadi atau cahaya LED dan juga teknologi ‘aquaponics’ iaitu bahan cerna daripada ikan berfungsi sebagai nutrien bagi tumbesaran tanaman.

Inovasi-inovasi seperti ini membolehkan penjimatan ruang dan mempercepatkan penghasilan tanaman dalam bangunan. Perincian lanjut tentang projek rekabentuk ini boleh dilihat di https://www.artstation.com/izwazainudin atau melalui ‘QR code’ di bawah.

Antara projek rekabentuk lain yang mengetengahkan teknologi terkini ialah ‘Droneport Malaysia’ yang merupakan pusat kelab peminat dan percubaan penggunaan dron.

https://www.behance.net/gallery/76387555/Droneport-Malaysia

Pusat ini menyediakan tempat latihan dron dan pelbagai program untuk pengendali dron menguji kemahiran mereka. Fasiliti lain yang disediakan terdiri daripada litar perlumbaan dron, landasan perlepasan dan pendaratan dron, pusat kawalan penerbangan dron, fasiliti latihan dron, lab cetakan 3D, bilik seminar, bengkel, pusat simulasi dan ‘amphitheatre’.

Rekabentuk 3D bagi projek ‘Droneport Malaysia’ ini boleh dilihat dengan lebih mendalam menerusi video animasi di bawah.

Dalam kepelbagaian projek-projek akhir tahun ini, dilihat kecenderungan subjek ke arah Industri 5.0 iaitu teknologi terkini diberi sentuhan manusia menerusi aspek yang interaktif dan aplikasi teknologi tersebut dalam rekabentuk senibina dalaman, terutamanya berdasarkan kepada keperluan dan kehendak manusia masa kini dan masa hadapan.

Senarai penuh projek rekabentuk yang lain boleh dilihat menerusi laman Instagram @ideasuitmpalam. - UTUSAN ONLINE

crcode