Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

8 universiti dapat status swaakreditasi MQA

8 universiti dapat status swaakreditasi MQA
IDRIS

PUTRAJAYA 20 Mac - Sebanyak lapan universiti telah mendapat Perakuan Status Swaakreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) hari ini.

Universiti-universiti itu termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Petronas (UTP), International Medical University (IMU) dan Universiti Utara Malaysia (UUM).

Status swaakreditasi itu turut diberikan kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Tenaga Nasional (Uniten) dan Universiti Multimedia (MMU).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, status swaakreditasi merupakan satu perakuan dikeluarkan oleh MQA ke atas universiti yang terbukti mempunyai sistem jaminan kualiti dalaman kukuh dan mantap.

Katanya, perkara itu dipastikan melalui audit institusi yang dilaksanakan oleh MQA.

“Dengan status swaakreditasi ini, senat universiti terbabit diberikan kepercayaan oleh MQA untuk mengkredit sendiri program pengajian melalui sistem kualiti dalaman mereka berpandukan kepada Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF) serta standard serta ketetapan oleh MQA dan Kementerian Pengajian Tinggi dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengajian Tinggi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain