Melalui Kelab STEM ExxonMobil-Universiti Kebangsaan Malaysia ([email protected]), peranan mereka akan diperkasakan dengan menggunakan pendekatan STEM bersepadu.

Sehubungan itu, mereka menjalani kursus pendedahan selama tiga hari bermula di sini semalam melalui kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNT, Azman Othman berkata, langkah ini amat wajar bagi membolehkan guru-guru terpilih itu sebagai mentor untuk dikembangkan kepada pelajar di daerah masing-masing.

Bercakap kepada pemberita dalam program itu, beliau berkata, melalui fasa pertama ini, lapan guru setiap daerah dipilih untuk menjadi mentor dan akan melatih 60 pelajar di perigkat daerah masing-masing.

“Adalah diharapkan melalui program yang diadakan di secara berterusan itu akan dapat meningkatkan jumlah pelajar yang meminati aliran STEM di negeri.

“Pada masa ini kira-kira 40 peratus pelajar di negeri ini mengikuti aliran berkenaan dan bilangan tersebut akan ditingkatkan kepada 60 peratus sebagaimana hasrat kerajaan,’’ katanya.

Yang turut hadir, Ketua Projek Bitara STEM UKM yang juga Pensyarah Kanan UKM Dr. Mohamad Sattar Rasul dan Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan ExxonMobil, Sukiman Mohammed.

UKM merupakan penyedia modul dan pengendali program manakala ExxoMobil menyediakan dana bagi merealisasikan program berkenaan dalam usaha membantu kerajaan mengembangkan minat dan penguasaan pelajar ke arah melahirkan tenaga kerja berdaya saing dalam bidang berkenaan.

Sementara itu Sukiman berkata, ExxonMobil membelanjakan kira-kira RM1 juta untuk program pendidikan di seluruh negara termasuk STEM. -UTUSAN ONLINE