Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penyampaian anugerah konvokesyen ini melibatkan empat pengkhususan bidang pengajian.

Program pengajian itu meliputi pengajian Quran dan Sunnah, tahfiz al-Quran; tahfiz al-Quran orang kelainan upaya masalah penglihatan (OKUMP) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tiga pengurusan masjid.

“Program ijazah sarjana muda dan pensijilan tersebut turut melibatkan kerjasama universiti tempatan lain antaranya Universiti Sains Islam Malaysia (USIM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

“Kita yakin komitmen kerajaan dalam memperkenalkan dasar pendidikan tahfiz seumpama ini akan menjadi pemangkin kepada pendidikan tahfiz di Malaysia” katanya ketika merasmikan konvokesyen itu dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.