Dalam program selama tiga hari itu, para peserta mengikuti pelbagai aktiviti yang disediakan seperti ice breaking, team ­building, explorace dan permainan kreatif.

Menerusi program itu, peserta turut mengikuti bengkel teknik pengucapan awam de­ngan pertandingan best speaker adalah kemuncak aktiviti perlu dilalui oleh peserta yang mana peserta terbaik akan mewakili Kolej Komuniti Wilayah Perak.

Pegawai Pembangunan Pelajar Kolej Komuniti Gerik, Norlizawati Hashim berkata, program diadakan bagi melahirkan jawatankuasa pemimpin pelajar yang berketrampilan unggul dan mempunyai kredibiliti kepim­pinan tinggi serta dapat menonjolkan kemahiran sosial dan mengembangkan potensi diri pelajar.

Di samping itu katanya, program tersebut juga bertujuan memilih pelajar terbaik dalam kalangan jawatankuasa perwa­kilan pelajar untuk mewakili Kolej Komuniti Wilayah Perak ke pemilihan JPP kebangsaan.

“Program ini juga dapat menonjolkan bakat pelajar ser­ta keyakinan mereka dalam menyam­paikan maklumat di hadapan khalayak.

“Program yang dirangka ber­tepatan dengan aspirasi pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendi­dikan Malaysia 2015-2025 (pendi­dikan tinggi) yang ingin melahirkan pelajar berkemahiran memimpin, mempunyai etika dan kerohanian, menerapkan identiti na­sional, kemahiran bahasa, berfikir dan berpengetahuan luas.

“Selain itu, program ini membantu melahirkan graduan holistik bercirikan keusahawanan dan seimbang serta graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti,” katanya.

Beliau ditemui selepas perasmian program itu yang disempurnakan oleh Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput, Leftenan Kolenal Zulkifli Kamarudin, baru-baru ini.

Menurut Norlizawati, ke­pimpinan adalah satu proses komunikasi dan interaksi sosial yang sering diperkatakan oleh masyarakat masa kini.

Katanya, hal demikian ke­rana kepemimpinan adalah kua­liti tingkah laku individu untuk mencapai matlamat dan objektif organisasi.

“Kepemimpinan boleh berlaku dalam kelompok mahu pun kumpulan. Peri laku pe­mimpin dan gaya kepemimpinannya melibatkan pengaruh seorang ketua terhadap ahli-ahli di bawahnya yang berada dalam kelompok yang sama bagi mencapai objektif direncanakan,” ujarnya.