Ketiga-tiga kembar seiras yang merupakan anak kepada Penerbit Radio Bernama, Mohd. Faizal Mohd. Sultan iaitu Muhammad Adam dan dua lagi kembarnya Muhammad Aiman serta Muhammad Aqeel.

Turut bersekolah di sekolah yang sama ialah kakak mereka, Batrisyia Faliha, 8, juga merupakan murid tahun dua.

Ibu mereka, Nas Zamimi Nasbah, 35, berkata, ketiga-tiga anak kembarnya gembira dan tidak sabar untuk memulakan hari pertama persekolahan terutama apabila dapat berada dalam kelas yang sama.

“Sebelum ini, dalam orientasi mereka ditempatkan di kelas berlainan namun kami memohon supaya mereka berada dalam kelas sama pada hari ini.

“Saya rasa tiada sebarang masalah bagi mereka untuk mengikuti pembelajaran kerana sudah mengikuti pra sekolah sejak berusia empat tahun,” katanya ketika ditemui di sekolah tersebut hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Mohd. Salleh Mohd. Kassim menjelaskan seramai 96,492 murid Tahun Satu memulakan sesi persekolahan di semua sekolah di negeri ini yang bermula hari ini. - UTUSAN ONLINE