Kursus anjuran bersama Kelab Media Setiu (KMS) dan Pejabat Penerangan daerah itu dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Wartawan Terengganu (Pewarta), Ruslan Abd. Rahman.

Setiausaha KMS, Aminudin Ismail berkata, kursus sehari itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang penulisan berita, fotografi dan peranan pengamal media.

Katanya, sepanjang kursus peserta dibimbing oleh wartawan Sinar Harian, Bernama dan Utusan Malaysia termasuk untuk menghasilkan penulisan berita, rencana dan foto yang berkualiti.

Penyampaian sijil kepada peserta disempurnakan oleh Pegawai Penerangan daerah, M. Subhi Abang. - UTUSAN ONLINE