Penolong Pengurus Pendidikan (Pemasaran) Utusan Malaysia, Fauzi Hamdan berkata, SMKSSAAS adalah sekolah keempat daripada lima yang terpilih untuk program tersebut tahun ini.

"Jika sekolah sebelum ini kita bahagikan kepada dua sesi, kali ini kelainan dibuat dengan menghimpunkan semua calon SPM sekolah ini memandangkan jumlahnya tidak seramai penganjuran program sebelum ini," katanya.

Program anjuran bersama UMW Corporation Sdn. Bhd. itu melibatkan calon-calon SPM di lima sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.

Ceramah motivasi disampaikan oleh tokoh motivasi dan pendidik, Dr. Ismail Zain yang berkongsi tips mengulang kaji berkesan di samping menyuntik keyakinan mengenai kemampuan setiap pelajar untuk melakar kejayaan pada masa depan. - UTUSAN ONLINE