Mereka merupakan sebahagian daripada 40,580 calon dari 1,284 pusat peperiksaan yang menduduki peperiksaan bermula hari ini hingga Khamis ini di Sarawak.

Walaupun terletak di lokasi terpencil iaitu dua jam setengah perjalanan dari bandar raya Kuching, namun murid-murid terbabit tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan.

Guru Besarnya, Mazi Julai berkata, sekolah tersebut yang hanya mempunyai 84 murid dan 12 guru.

Katanya, pada tahun ini, calon UPSR meningkat dua orang kerana pada tahun lalu hanya ada 10  murid yang menduduki peperiksaan berkenaan.

"Pada kali ini, seramai tujuh murid lelaki dan lima perempuan menduduki peperiksaan ini," katanya katanya ketika ditemui di sekolah itu pagi ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus berkata, semua calon dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) telah menduduki peperiksaan itu pada 20 sehingga 27 September lalu.

Katanya, bagi calon Sekolah Kebangsaan (SK), murid-murid menduduki peperiksaan mulai pagi ini sehingga 27 September nanti.

Kertas pertama bagi calon Sekolah Kebangsaan (SK) bermula jam 8.15 pagi untuk kertas Bahasa Melayu Pemahaman.-UTUSAN ONLINE