Majlis penyampaian sumba­ngan berkenaan disempurnakan isteri Timbalan Yang dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said, Datin Seri Nor Azimah Abdul Mubim.

Nor Azimah berkata, bantuan itu bertujuan membantu meri­ngankan beban pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang cemerlang dalam akademik dalam menyediakan keperluan pendidikan mereka.

“Pelajar-pelajar ini dipilih menerusi sokongan guru daripada beberapa sekolah mene­ngah dalam Parlimen Kuala Krau antaranya SMK Kuala Krau, SMK Jengka 21 dan SMK Jengka 16.

“Kita mahu mereka menggunakan bantuan berjumah RM600 seorang itu untuk memberi peralatan sekolah termasuk buku-buku dan kelengkapan lain,” katanya pada majlis tersebut.

Nor Azimah berharap ban­tuan itu dapat membantu mencapai matlamat melahirkan modal insan cemerlang yang mana mereka dapat melalui proses pendidikan dengan lancar.

Menurut beliau, menjadi kerugian besar kepada generasi muda jika mereka tidak dapat memanfaatkan peluang pendidikan yang disediakan kerajaan.