Mereka terdiri daripada graduan Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabayan Kejuruteraan Mekanikal serta Jabatan Perniagaan.

Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik, Datuk Amir Md. Noor.

Terdahulu, Amir dalam ucapannya berkata, graduan harus bijak merebut peluang dan menggunakan kesempatan yang ada dengan sebaik mungkin.

“Lulusan yang cemerlang adalah bakal peneraju masa akan datang, justeru, graduan harus memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling untuk kelestarian kehidupan,” katanya.- UTUSAN ONLINE