Tetapi tahukah anda unit ini sebenarnya masih relevan dan mampu menangani ancaman di perairan negara bersama-sama agensi lain dengan jumlah anggota dan peralatan mereka?

Unit yang bernaung di bawah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam ini (KDNKA) sebenarnya sedang mengalami proses pemodenan aset dan sumber manusia.

Malah, Komander Pasukan Marin Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd. Yusoff Mamat berkata, unit itu juga sebenarnya mampu bertindak ‘melebihi kemampuan’ mereka dengan memberi

SAC Mohd. Yusoff Mamat
SAC Mohd. Yusoff Mamat 

bantuan kepada unit lain Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau agensi keselamatan dalam negara.

“Di mata masyarakat kami seakan sama dan ada pertindihan tugas antara Polis Marin dan juga Maritim Malaysia. Tetapi kita sebenarnya berbeza kerana ‘multi purpose’ boleh diatur gerak di darat, udara dan laut.

“Sebagai contoh, jika temasya besar seperti Sukan Sea, anggota kami turut di atur gerak ke sana untuk menjaga keselamatan di kawasan penting. Jadi unit ini sentiasa relevan. Malah tidak wujud pertindihan tugas dan tiada perancangan untuk bergabung dengan Maritim Malaysia,” katanya ketika di temui Mega Wira baru-baru ini.

Dalam pada itu, Mohd. Yusoff berkata, peranan Pasukan Polis Marin kini semakin bertambah dan meluas terutama selepas peristiwa serangan di Lahad Datu, Sabah.

“Dahulu kami jaga pelabuhan, sungai dan tasik. Selepas peristiwa terbabit (serangan Lahad Datu), kerajaan melihat betapa pentingnya peranan Polis Marin.

“Kini kami bersedia untuk digerakkan pada setiap masa demi kepentingan keselamatan negara,” ujarnya.