Mendapat inspirasi design kain pelekat dan batik, pereka fesyen Larrez yang dikenali dengan panggilan Jimmy Maria DLova, beliau menampilkan secara eksklusif Kurta Larrez 2019.

"Kita lihat jarang orang menggunakan kain pelekat sebagai patch atau tampalan yang dijahit pada baju.

"Jadi, untuk tahun ini, Larrez cuba membuat kelainan dengan menyediakan baju cekak musang dan teluk belanga yang bergaya dan ranggi untuk dipakai pada pagi Hari Raya Aidilfitri," katanya kepada wartawan Utusan Online di sini, baru-baru ini.

JIMMY MARIA DLOVA
JIMMY MARIA DLOVA 

Menurut Jimmy, apabila seseorang pemakai itu memakai baju teluk belanga dan cekak musing, keterampilan mereka lebih formal apabila diselitkan saputangan dengan harga jualan dari RM99 sehingga RM129.90 untuk sehelai baju.

Sebelum memberanikan diri untuk menjadi pereka fesyen Larrez, Jimmy berkata, beliau berpengalaman sebagai jurusolek atau make up artis (MUA) selama 20 tahun.

Dari situ, kata Jimmy, beliau ingin melakukan sesuatu yang berbeza dan apabila pihak pengurusan Larrez memberi kepercayaan kepadanya untuk mereka koleksi Kurta Larrez, beliau menerimanya dengan rasa penuh tanggungjawab.

"Ini benda yang besar apabila orang susah nak beri kepercayaan kepada kita dan apabila peluang itu ada, saya pasti tidak akan menssiakannya.

"Saya menggunakan lima warna di mana satu warna akan dibuat dua helai baju potongan teluk belanga dan cekak musang.

"Antara warna yang menjadi pilihan ialah hijau, mustard, biru diraja, ungu muda dan hijau zamrud manakala inovasi tampalan menggunakan kain pelikat," katanya.

LARREZ

MODEL memperagakan Kurta Eksklusif Larrez. -UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

Walaupun melakukan inovasi dalam rekaan baju raya, Larrez tetap mengekalkan ciri-ciri kemelayuan asli di mana di pagi raya, kain pelekat dijahit menjadi seluar juga disediakan oleh Larrez Exclusive.

Keselasaan pemakai menjadi perkara pokok dalam penyediaan fesyen rekaan Larrez. Justeru, kata Jimmy, pemilihan material amat penting dan osaka cotton yang ringan, kurang berkedut dan mudah digosok menjadi pilihan. Material diimport dari Guangzhou, China, Vietnam dan Indonesia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Warisan Gekilang Gorup, Nor Azuwa Hashim berkata,feysen tidak akan habis dan tidak akan mati atau pun pupus.

Oleh itu, koleksi yang dihasilkan oleh Larrez adalah koleksi malar segar dan sepanjang zaman serta sesuai untuk dipakai oleh pelbagai lapisan usia. - UTUSAN ONLINE