Terbaharu, persatuan itu menerusi Yayasan Pekema telah menyerahkan sumbangan kepada Ahmad Wafiy Adli Isham, 5, yang menghidap penyakit saraf dan tulang lembut.

Penyakit yang dihidapi oleh Ahmad Wafiy sejak berusia empat bulan itu telah menyebabkannya menjadi lembik dan tidak bermaya untuk bergerak.

Berikutan situasi menimpa anaknya itu, Adli Isham Abas terpaksa berhenti kerja untuk memberikan perhatian sepenuhnya kepada kesihatan anak tunggalnya itu.

Peka dengan nasib yang menimpa keluarga berkenaan, Yayasan Pekema tampil dan menghulurkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada Adli Isham pada 24 Ogos lalu di pejabat Mofaz Cars Sdn. Bhd.

Sumbangan disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Pekema, Datuk Nik Izani Nik Ibrahim yang juga merupakan Bendahari Kehormat Pekema.

Orang ramai yang mahu memberi sumbangan kepada Ahmad