Ia apabila mengetahui suami yang dikahwini sejak tiga tahun lalu mempunyai nafsu sejenis. Walaupun suami yang dikahwini atas pilihan keluarga itu dilihat patuh melaksanakan perintah agama seperti solat dan berpuasa, namun dalam soal rumahtangga lain sikapnya.

Dia tidak pernah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, malah, sejak berkahwin, Sarah masih belum pernah ‘disentuh’ oleh lelaki yang diijab kabul secara sah itu.

Perasaan curiga mula timbul apabila dia terjumpa krim pelincir yang disembunyikan dalam satu bilik di rumahnya. Hairannya, lama-kelamaan krim pelincir tersebut semakin berkurang sebelum tercetus sedikit perbalahan antara Sarah dan suaminya bagi mendapatkan penjelasan.

Hati wanita mana tidak hancur mendapat tahu suami yang dikahwini itu sebenarnya tidak mempunyai perasaan terhadapnya dan mana-mana wanita, sebaliknya berkahwin semata-mata ingin mengaburi pandangan masyarakat.

Itulah antara contoh kes yang berlaku disebabkan perkahwinan atas dasar mengaburi nafsu songsang yang akhirnya memudaratkan pasangan dikahwini.

Menurut, pendakwah bebas, Luqmanul Hakim Joohari atau lebih dikenali sebagai Dai Luqman, nafsu songsang yang berlaku dalam kalangan golongan Lesbian Gay Bisexual Transgender (LGBT) ini sememangnya haram dan dilaknat oleh Allah.

Beliau berkata, ayat al-Quran dalam surah Asy-Syu’araa ayat 165 dan 166 sendiri Allah SWT menegaskan perbuatan tersebut seolah-olah disamakan seperti haiwan dan manusia yang mempunyai akal fikiran seharusnya mampu membezakan baik atau buruk.

“Budaya meraikan hubungan kaum sejenis ini seharusnya dielakkan kerana bukan sahaja haram, malah mengundang bala daripada Allah seperti bencana alam yang kian melanda pada masa kini.

“Lihat sahaja kisah kaum Nabi Luth a.s., Allah menterbalikkan seluruh tanah tempat tinggal mereka kerana melakukan hubungan sejenis tanpa batasan dan perkara itu seharusnya dijadikan iktibar kita semua,” katanya.

Mengulas lanjut, Dai Luqman tidak menolak bahawa budaya hubungan sejenis ini dilihat kian menular dalam masyarakat negara ini berikutan sokongan daripada segelintir selebriti mahupun individu terkemuka dunia.