INDRA BALARATNAM
INDRA BALARATNAM 

Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Ramjeet Kaur Virik berkata, minum Dutch Lady +Protein pada waktu pagi merupakan cara mudah untuk membekalkan tenaga dan nutrisi sepanjang hari.

“Ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, berkalsium tinggi dan penuh dengan nutrien penting untuk membantu membina otot dan tulang yang kuat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ramjeet menekankan hanya dengan dua gelas Dutch Lady +Protein dapat membantu memenuhi 40 peratus keperluan protein untuk membantu anda dan keluarga menjalankan aktiviti seharian.

Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition (The Food Expert Clinic), Indra Balaratnam pula berkata, bukan semua protein adalah sama.

Menurutnya, walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi protein, namun terdapat sesetengah protein mempunyai profil asid amino yang lebih lengkap berbanding yang lain menjadikannya lebih bernilai untuk diet kita.

“Sumber protein haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan. Namun, makanan tersebut memerlukan masa untuk disediakan atau dimakan pada waktu pagi yang sibuk,” katanya.

Indra berkata, protein daripada susu mudah dihadam dan bermakna badan dapat menggunakan nutrien dengan efisien untuk meningkatkan kesihatan.

Garis Panduan Pemakanan Malaysia mengesyorkan dua hingga tiga hidangan susu dalam sehari iaitu satu hidangan susu bersamaan dengan 250 ml segelas. Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.