Bukan sahaja dapat bersama ibu, bapa, isteri, anak-anak dan ahli keluarga lain, bahkan rakan dan insan yang kurang bernasib baik turut berpeluang menikmati sajian enak yang disediakan cef berpengalaman.

Mempunyai Pensijilan Halal dari Jakim, sudah pasti tidak timbul keraguan untuk umat Islam memilih tempat tersebut untuk dijadikan antara lokasi berbuka puasa.

Menurut kenyataan, hotel RHR @ Uniten menyediakan lebih dari 100 jenis juadah popular tempatan dan luar negara sepanjang Ramadan.

Antara hidangan istimewa yang disediakan adalah kambing bakar Maghribi yang diolah menggunakan pelbagai rempah ratus, itik tepi tasik, ayam sumur, kuali teppanyaki, sushi gulung Jepun dan sate Kajang.

Turut disertakan adalah menu lauk-pauk dari serata pelusuk negeri selain menu khas disediakan untuk pelanggan yang membawa anak kecil.

Cef Eksekutifnya, Suhaimi Ibrahim berkata, penyediaan bufet Ramadan tahun ini mengetengahkan konsep Iftar Nusantara. Konsep itu dipilih bagi mengimbau kenangan ketibaan pedagang Asia Barat ke Nusantara Melayu yang membawa pelbagai jenis rempah ratus dan perasa.

“Konsep Iftar Nusantara dipilih agar semua kaum dapat bersama-sama menikmati juadah dan suasana Ramadan bersama umat Islam.

“Harga yang ditawarkan juga cukup berbaloi dan antara harga terbaik yang ditawarkan di sekitar kawasan Putrajaya, Kajang dan Bangi,” katanya.

Harga bufet Ramadan yang ditawarkan adalah dewasa (RM75), warga emas (RM55) dan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun (RM38).

Untuk keselesaan pengunjung, pihak hotel menyediakan surau bagi memudahkan pelanggan menunaikan solat maghrib dan isyak termasuk parkir kereta yang luas dan percuma.

INFO

* Lokasi : RHR Hotel Universiti Tenaga Nasional Kampus Putrajaya, Kajang, Selangor.
*Tempahan & Pertanyaan: 03-89222088
* WhatApps: 017-3583862
* Facebook: https://www.facebook.com/rhrhotelatuniten/
* Instagram : @RHRHotel