Pengurus Besarnya, Mahfuz Omar berkata, promosi juadah Ramadan tersebut bertujuan untuk membawa rakyat Malaysia dengan lebih dekat melalui sentuhan atau cita rasa makanan ala kampung.

“Promosi bufet khas ini akan bermula dari 9 Mei hingga 2 Jun ini dan pihak kami turut mengambil tempahan awal sebanyak RM68 seorang manakala secara walk-in akan dikenakan bayaran sebanyak RM78 seorang,” katanya ketika ditemui selepas majlis promosi ‘Selera Kampung’ di Kelab Golf The Mines, sini baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pada masa sama, pihaknya turut menawarkan promosi ‘Golf Ramadan’ yang dibuka kepada pemain golf di sekitar kawasan Lembah Klang bermula 7 Mei hingga 9 Jun ini.

“Pemain golf tempatan boleh membuat tempahan yang mana peluang sebegini hanya ditawarkan sekali setahun pada kadar berpatutan.

“Harga setiap bufet berdasarkan 18 siri lubang di mana tetamu yang hadir disertai dengan ahli kelab akan dikenakan bayaran sebanyak RM899 (satu flight) pada hari biasa manakala RM1,060 (satu flight) pada hari minggu,” katanya.

Mahfuz Omar berkata, bagi tetamu yang tidak disertai oleh ahli kelab, bayaran akan dikenakan sebanyak RM1,060 (satu flight) pada hari biasa dan RM1,590 (satu flight) pada hari minggu.

“Bagi 9 siri lubang dan promosi ‘Selera Kampung’, setiap pemain akan dikenakan bayaran sebanyak RM200 setiap seorang,” katanya lagi.

Sebarang pertanyaan atau tempahan boleh menghubungi talian 03-89432288 atau Latha 019-6001540, Azreena 012-3717203, Zabani 019-6001379 atau layari laman web di www.minesgolfclub.com.