Pengurus Besarnya, Anders Dimblad berkata, bagi memuliakan bulan Ramadan, hotel itu menyajikan hidangan yang melambangkan perpaduan dan kebudayaan penduduk Malaysia dengan masakan Melayu, Cina, India dan Peranakan.

Gerai-gerai makanan yang menyajikan hidangan sate dan kambing bakar menanti pengunjung.Terdapat juga sudut makanan kegemaran tempatan seperti nasi lemak dan apam balik, aneka jenis buah-buahan dan sayuran seperti rojak Penang, ulam-ulaman, gado-gado dan jeruk serta pelbagai jenis kurma yang diterbangkan khas dari Asia Barat iaitu kurma Ajwa, Safawi, Rotab dan Sufri.

Di samping itu, Jamuan Muhibah juga menyediakan hidangan pencuci mulut klasik dan tradisi seperti ais kacang, biskut raya, puding roti dan butter serta aneka jenis kek yang enak.

Dipadankan pula dengan pilihan air minuman seperti air tebu, air soya dengan cincau dan buah potong. Harga yang ditawarkan adalah RM135 bersih untuk dewasa dan RM68 bersih untuk kanak-kanak.

Pembelian secara berkumpulan pula ditawarkan dengan setiap lapan orang yang membayar penuh, dua orang akan makan secara percuma. Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi +60321172821 atau emel kepada thecourtyard-pavilionhotel@banyantree.com. – BERNAMA