Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, mereka yang telah berada di Datara Putrajaya di Presint 3 sejak pukul 10 pagi tadi sedang giat mengadakan latihan diiringi guru persembahan masing-masing.

Difahamkan, mereka telah mengadakan latihan sejak 10 Ogos lalu dan akan berakhir pada 30 Ogos sebelum perarakan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2019 dengan tema ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ bagi menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Lagu ‘Malaysia Bersih’ dipilih sebagai lagu utama sambutan kali ini dan dijangka akan disempurnakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. - UTUSAN ONLINE.

habis//