Sumbangan itu disampaikan oleh Ahli Jawatankuasa Pekema, Datuk Sheikh Mohamed Zulkifli Sheikh Mohamed Amin kepada Pengerusi Persatuan Kebajikan Al- Rayyan Malaysia, Sharifah Sawanden yang juga pengurus rumah anak-anak yatim tersebut.

Sheikh Mohamed Zulkifli berkata, sumbangan itu bertujuan untuk membeli pakaian seragam sekolah anak-anak yatim di pusat kebajikan berkenaan.

“Yayasan Pekema berdoa dan berharap agar sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh pusat kebajikan di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Orang ramai yang mahu membuat sumbangan serupa boleh mnghibungi Sharifah Sawandin o17 6604338, akaun Bank Islam 12113010044327.

Sementara itu, dalam acara berasingan, Yayasan Pekema turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Maahad Tahfiz Darul Itqan Al- Muhammadi yang berpusat di Sabak Bernam, Selangor.

Sumbangan itu disampaikan oleh Presiden Pekema, Datuk Zainuddin Abd. Rahman sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) kerjasama strategik antara Pekema dan Kumpulan Utusan bagi menerbitkan sisipan Pekema Auto di Ibu Pejabat Korporat Kumpulan Utusan, Kuala Lumpur.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk menampung kos membaik pulih bangunan maahad berkenaan yang musnah dalam kejadian kebakaran pada Mac lalu.

Dalam majlis sama, Zainuddin turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada pesakit saraf, Faridah Ismail bagi membiayai kos perubatannya serta kos sara hidup.

Difahamkan, Faridah menderita sakit berkenaan setelah dicederakan oleh peragut.