Itulah pendekatan yang sentiasa digunakan oleh Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), yang turut meraikan Hari Raya Aididlfiti bersama anak-anak yatim dan ibu tunggal.

Baru-baru ini Pekema Sarawak menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri di Grand Ballroom Hotel Hilton di Kuching Sarawak.

Majlis yang cukup meriah itu diserikan dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri; Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga merupakan Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak bersama isterinya, Datin Amar Juma'ani Tuanku Bujang.

Timbalan Presiden Pekema Pusat, Datuk Wan Zaid Wan Abdullah dan Presiden Pekema Sarawak, Datuk Abang Khalid Abang Marzuki turut hadir pada majlis tersebut.

Tiga pertubuhan iaitu Persatuan-Persatuan Petra Jaya, Rumah Kebajikan Nur Murni dan Persatuan Ibu Tunggal telah diraikan di dalam majlis berkenaan selain turut menerima sumbangan daripada Pekema Sarawak.