Pelbagai bentuk bantuan serta program dianjurkan oleh kedua-dua persatuan itu untuk menyampaikan mesej jelas bahawa golongan kurang bernasib baik seperti anak yatim tidak pernah dilupakan, lebih-lebih lagi pada bulan yang mulia itu.

Menjelang akhir Ramadan lalu, Pekema menerusi Yayasan Pekema serta Pekema Riders Club bersama-sama DPMM Selangor mengambil peluang saki-baki bulan puasa menganjurkan majlis penyampaian sumbangan dan iftar bersama golongan kurang bernasib baik di Surau Taman Permai Damai Indah, Kajang.

Yang turut hadir Ahli Jawatankuasa Pekema, Datuk Wahid Lasiman dan Yang Dipertua DPMS, Mohd. Fadzli Mustafa.

Selain majlis penyampaian sumbangan dan iftar, turut dianjurkan majlis khatam al-Quran.