Genting Dream, kapal persiaran terbesar buat masa ini di bawah segmen Genting Cruise Lines mungkin boleh dimasukkan ke dalam senarai pakej percutian di tengah lautan yang menawarkan 1,674 kabin pelbagai jenis. Kabin bermula dari interior stateroom, oceanview stateroom, balcony stateroom sehingga The Palace yang serba mewah.

Pertama kali melangkah masuk ke perut kapal persiaran setinggi 20 tingkat yang berpangkalan di Marina Bay, Singapura itu pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terpesona dengan dekorasi mewah yang memukau dan memberi keselesaan kepada penumpang.

TAMAN permainan di atas Genting Dream yang turut menyediakan gelongsor
TAMAN permainan di atas Genting Dream yang turut menyediakan gelongsor 

Genting Dream sepanjang 335 meter itu bukan sahaja menawarkan pelbagai fasiliti dan butik-butik berjenama, malah salah sebuah restoran di dalamnya, The Lido merupakan satu-satunya tempat makan yang menerima sijil halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pasti ramai tertanya-tanya apa sahaja aktiviti yang boleh dibuat di atas kapal tersebut? Percaya atau tidak ia ibarat sebuah kompleks beli-belah yang berdekatan hotel dan taman tema air yang lengkap tersedia gelongsor dan kolam.

Penumpang yang mahu bersantai sambil menonton filem dan menikmati keindahan matahari terbenam boleh ke bahagian belakang kapal di dek 17 yang menempatkan Zouk Beach Club.

Pada sebelah malam, kapal yang mampu memuatkan sehingga 3,352 penumpang pada satu-satu masa itu menyajikan pula persembahan secara langsung bertaraf dunia di Zodiac Theatre yang boleh ditempah secara percuma menerusi aplikasi Dream Cruises menggunakan telefon pintar masing-masing.

PENUMPANG juga boleh mencuba aktiviti Zip Line di sisi kapal yang
PENUMPANG juga boleh mencuba aktiviti Zip Line di sisi kapal, 

Mereka yang gemar berpeluh mungkin akan rasa harinya kurang lengkap jika tidak bersukan atau melakukan aktiviti tertentu.

Usah risau kerana Genting Dream menyediakan banyak permainan seperti rock climbing, gelanggang bola keranjang, padang golf mini dan zipline di samping trek joging dan gimnasium.

Penumpang yang mahu memanjakan diri boleh beristirehat di beberapa spa yang disediakan di dek 15 atau melepaskan geram di pusat karaoke serta boleh juga memilih pakej bersiar-siar untuk shore excursion.

Bagi jadual perjalanan di Selat Melaka, Laut Cina Selatan, Teluk Siam dan Laut Jawa, beberapa pakej menarik untuk percutian tiga hari dua malam sehingga lima hari empat malam akan singgah ke pelbagai destinasi terkenal.

slug: 271218-RENCANA CRUISESALOR SETAR 26 Disember 2018 - KAWASAN

Ini termasuk meneroka keindahan Pulau Langkawi, menikmati pelbagai keenakan makanan di Pulau Pinang, melakukan aktiviti pantai di Phuket, Thailand, melihat keaslian Pulau Bintan di Indonesia serta berbelanja di Ho Chi Minh, Vietnam.

Sementara itu, Genting Cruise Lines meraikan sambutan ulang tahun ke-25 dengan acara istimewa di atas kapal Genting Dream baru-baru ini bagi memperingati pelayaran pertama Langkapuri Star Aquarius dari Singapura pada 1993.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Genting Hong Kong (GHK), Tan Sri Lim Kok Thay berkata, pengendali tiga jenama kapal persiaran Star Cruises, Dream Cruises dan Crystal Cruises itu merekodkan seramai 6.5 juta penumpang melalui 7,500 pelayaran sejak diperkenalkan 25 tahun lalu.

"Pada tahun lalu sahaja Genting Dream membawa kira-kira 400,000 penumpang melalui Singapura dengan 60 peratus daripadanya merupakan pelancong luar seperti India dan Indonesia. Malah, kami menyasarkan pertambahan 100,000 lagi penumpang menaiki kapal ini bagi menjadikan angka setengah juta orang tahun depan," katanya.

Pihaknya juga telah membuat pelbagai pelaburan termasuk membina terminal kapal persiaran di Pelabuhan Klang dan Langkawi serta di beberapa lagi negara Asean sebagai menyahut Deklarasi Pelancongan Kapal Persiaran Asean bagi mentransformasi industri tersebut di rantau ini.

RUANG makan di Restoran The Lido yang merupakan satu-satunya restoran
RUANG makan di Restoran The Lido.

Kata Kok Thay lagi, di bawah perancangan 25 tahun akan datang, Genting Cruise Lines bercadang membina barisan kapal persiaran baharu untuk tiga jenamanya itu susulan memperoleh kepentingan dalam syarikat pembina kapal Jerman, MV Werften.

"Buat masa ini, GHK mempunyai kapasiti sejuta penumpang setahun dan jumlah itu dijangka bertambah kepada 2.1 juta penumpang menjelang 2027 dengan penambahan kapal baharu termasuk kelas global dan diamond.