JEF KONG TET FOH
JEF KONG TET FOH 

Justeru, jika anda datang ke Johor, singgahlah di Palm Resort Golf & Country Club (Palm Resort), kerana di sini menjanjikan kepuasan bermain golf di tiga padang golf 18 lubang iaitu Alamanda, Cempaka dan Melati.

Padang 54 lubang yang menakjubkan ini hasil rekaan Hiromasa Inagawa dan diubah suai pula oleh Ronald Fream, pastinya menguji skil pemain untuk mencipta birdie atau par kerana ketiga-tiga lapangan tersebut mempunyai karektornya yang tersendiri dan cabaran yang berbeza.

Dengan hamparan rumput serangoon di fairway dan bermuda tiftward di green, lapangan Alamanda, Cempaka dan Melati ini bakal menyemat memori pahit manis kepada pemain terutama sekali di lapangan Cempaka yang berbukit, mencabar dan agak panjang.

Jika anda pertama kali bermain di Cempaka atau Alamanda, disarankan anda lebih kepada golf management daripada pukul bola mengikut kehendak hati terutamanya bagi mereka yang pukulannya deras dan jauh. Ini kerana jika pukulan deras dan jauh itu tersasar, pasti bola anda akan masuk ob atau hazard.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Palm Resort, Jef Kong Tet Foh, memang course Alamanda dan Cempaka menjadi pilihan ramai pemain kerana kedua-dua lapangan ini menjadi lokasi penganjuran kejohanan besar antaranya World Amature Golf Championship (WAGC), ADT, PGM Johor dan banyak lagi.

Kolam renang bersaiz olimpik.
Kolam renang bersaiz olimpik. 

Katanya, Palm Resort juga kini sedang berusaha untuk menjadi lokasi bagi kejohanan seperti Bridgestone, Calrsberg Sirkit dan Astro Prudential Master 2019 pada tahun depan.

“Kita mempunyai tiga course yang baik dan cantik terutamanya Alamanda dan Cempaka. Kita juga mempunyai kemudahan penginapan resort yang mempunyai 330 bilik.

“Selain itu, kita juga mempunyai pelbagai kemudahan lain termasuk pusat sukan (sport centre) - boling, tenis, skuasy, biliard dan snuker, bilik mahjong, kolam renang bersaiz olimpik, futsal, gim, studio fitness, pusat permainan kanak-kanak dan banyak lagi.

“Kita juga ada tempat untuk syarikat-syarikat kerajaan dan juga swasta menjalankan aktiviti seperti team building, hari keluarga dan pelbagai lagi. Pendek kata, jika anda menginap di Palm Resort ini, anda tidak perlu lagi ke mana-mana kerana di sini semua ada,” katanya ketika ditemui di Palm Resort, Senai, Johor, baru-baru ini.

 

Sementara itu, Pengurus Palm Resort Golf, Abdul Malek Musa pula berkata, setiap bulan lebih 8,000 orang datang bermain golf di sini dan mereka kebanyakannya dari Singapura dan Johor, selain dari Kuala Lumpur serta lain-lain negeri.

Kata Abdul Malek, pemain dari Korea juga ramai yang datang bermain di Palm Resort terutamanya pada bulan Disember hingga Februari kerana di sana (Korea) musim salji.

“Ramai antara mereka datang bersama isteri dan anak-anak, sambil bercuti dan bermain golf di ketiga-tiga course iaitu Alamanda, Cempaka dan Melati. Ketika ibu dan bapa mereka bermain golf, anak-anak mereka boleh berenang di kolam bersaiz olimpik atau bermain sukan-sukan lain yang terdapat di sini.

“Inilah kelebihan di Palm Resort kerana semuanya lengkap. Anda tidak perlu ke tempat lain. Malah jika anda dari Lapangan Terbang Senai, hanya mengambil masa lima minit untuk sampai di sini,” katanya.

Menurut Abdul Malik, Palm Resort turut menyediakan pelbagai jenis masakan kepada pengunjung yang datang sama ada dari dalam negara mahupun luar negara.

Menurutnya, semua menu makanan akan dimasak oleh chef berpengalaman luas, baik bagi penyediaan hidangan ala Korea, China, barat mahupun kampung dan harga yang dikenakan amat berpatutan.