Musim bunga atau spring boleh dikatakan antara waktu ideal untuk melawat sesebuah negara kerana suhu yang tidak terlalu sejuk begitu juga tidak begitu panas. Bagi tujuan itu, penulis memilih Seoul, Korea Selatan.

Malah sebulan sebelum musim bunga, Cherry Blossom Korea 2019 Forecast boleh didapati pada carian Google dan ketika di negara itu, penulis menginap di hostel berdekatan Ewha Womans University. Ternyata majoriti kaum wanita yang mendominasi kawasan tersebut.

Penulis menyarankan bagi mereka yang berhasrat melakukan kembara solo supaya memilih lokasi ini. Jangan risau tentang pengangkutan awam di sana, ia begitu mudah. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi seperti Subway, Naver Map atau KakaoMap.

Terletak di Ewhayeodae-gil, ia hanya beberapa langkah untuk ke Sinchon iaitu kawasan yang begitu kaya dengan pohon cherry blossom berbanding di sekitar Ewha Womans University.

Selain cherry blossom antara bunga yang dapat dijumpai sepanjang berada di Seoul ialah plum blossom (prunus mume), golden bell tree (forsythia koreana), magnolia dan rapeseed flower (brassica napus).

Tidak hanya mengejar bunga selama 10 hari di Seoul, penulis turut mengambil kesempatan melakukan cafe hopping di beberapa kafe menarik seperti 943 Kings Cross, Harry Potter Cafe di Hongdae.

Bagi mereka yang merancang ke sana, pastikan anda membeli minuman atau makanan dahulu di kaunter sebelum meneroka keseluruhan kafe itu kerana minuman yang dibeli ibarat tiket masuk.

Kafe yang membuatkan anda tidak mahu keluar dari situ adalah Cafe Yeonnam-dong 239-20 di Mapo-gu. Dengan warna tema hitam putih, ia membuatkan pengunjung rasa berada di dalam buku komik atau lebih tepat, webtoon.

Penulis menggunakan kamera comel dan mudah digunakan iaitu Canon EOS M50. Bagi membuatkan trip penuh dengan memori, anda juga boleh terus mencetak gambar menerusi Canon Mini Photo Printer PV123 yang bersaiz kecil yang boleh di bawa ke mana-mana.

Kedua-dua produk ini boleh didapati di TMT Store menerusi Shopee, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan.

Lagi kafe yang membuatkan anda tidak mahu keluar dari situ adalah Cafe Yeonnam-dong 239-20 di Mapo-gu. Dengan warna tema hitam putih, ia membuatkan pengunjung rasa berada di dalam buku komik atau lebih tepat, webtoon.