Rata-rata anak muda lebih memilih bercuti bersama rakan karib memandangkan peluang itu membolehkan mereka menikmati keindahan dan melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukan di Malaysia sambil menghargai persahabatan yang terjalin.

Bagi selebriti terkenal, Elfira Loy yang berpeluang bercuti ke Perth bersama rakan karibnya meninggalkan pengalaman dan kenangan indah yang tidak boleh ditukar ganti.

Mengambil kira soal cuaca, pilihan makanan halal, jarak lokasi dan kemudahan pengangkutan membolehkan Elfira memilih Perth sebagai lokasi percutian untuk kali ini.

DI Fremantle Markets, terdapat pelbagai barangan buatan tangan dan produk tempatan yang dijual pada
DI Fremantle Markets, terdapat pelbagai barangan buatan tangan dan produk tempatan yang dijual pada harga mampu milik. 

Pilihan lokasi tersebut juga ekoran ibu negeri barat Australia itu semakin mendapat tempat dalam kalangan pelancong seluruh dunia. Selain itu, faktor terdapat banyak tawaran pakej percutian mesra Muslim yang terbaik memudahkan perancangan percutian ke destinasi tersebut.

Menurut Elfira, perjalanan selama lima jam tidak terasa jauh lebih-lebih lagi jika menggunakan perkhidmatan AirAsia yang menawarkan Penerbangan Premium Flatbed tanpa harga premium daripada RM1,190 yang sudah termasuk caj bagasi 40 kilogram, makanan, akses Premium Red Lounge, hiburan dalam penerbangan Xcite dan daftar masuk lebih pantas.

“Kini syarikat penerbangan itu menawarkan penerbangan setiap hari dari Kuala Lumpur ke Perth dan bayar dengan BigPay pada harga serendah RM299 yang memudahkan perancangan percutian bersama rakan atau keluarga pada bila-bila masa,” katanya.

Untuk memudahkan percutian, Elfira memilih menempah sendiri pakej percutian dengan penerbangan bilik hotel empat hari tiga malam dan cukai daripada RM1,399 seorang di www.airasia.com.

Perth menjadi pilihan untuk penerbangan AirAsia kerana persekitarannya yang tenang dan tidak sesak menjadikannya lokasi sesuai mengembara menikmati keindahan daerah tersebut. Masyarakatnya juga sangat mesra dan mudah memberi bantuan.

Banyak pilihan tempat untuk dikunjungi sepanjang di Perth termasuk pusat beli-belah Direct Factory Outlet, Westfield Carousel, Watertown BrandOutlet, Fremantle Markets, Hay Street & Murray Street Mall yang bukan sahaja menjual barangan tempatan, malah jenama antarabangsa pada harga jauh lebih murah berbanding di tempat lain.

Bagi Elfira, dia tidak melepaskan peluang menikmati pastri paling sedap iaitu Apple Strudel di Corica Bakery yang terletak di Wellington Street. Selain itu, Elfira turut mencuba Fish & Chips terbaik negara itu di Cicerello’s dan semestinya tidak ketinggalan mencuba pelbagai makanan laut yang segar.

Sekiranya bercuti bersama keluarga, Elfira mencadangkan agar meluangkan masa ke Taman Hidupan Liar Caversham yang menyediakan pelbagai aktiviti interaktif.

Di sini Elfira menghabiskan masa agak lama bermain bersama haiwan yang tidak terdapat di Malaysia. Dalam masa sama, kewajipan solat tidak diabaikan kerana kemudahan bilik solat disediakan bagi pengunjung di Swan Valley.

Pada hari ketiga, Elfira dan rakannya teruja melihat ikan lumba-lumba melompat sepanjang pelayaran di Mandurah. Aktiviti memberi haiwan makan atau memetik buah di Farmstay serta meneroka keindahan laut di Amaze’s Busselton Jetty dan berbasikal menikmati keindahan pulau juga memberi keseronokan kepada mereka.

Pengembaraan yang diteruskan dengan menaiki bas di Rottnest Island pastinya menambah keseronokan, malah dapat melihat keindahan kawasan itu dengan lebih dekat. Mereka tidak berhenti berbicara mengenai pengalaman itu dan tidak sabar menceritakan keseronokan percutian kepada rakan-rakan dan ahli keluarga apabila pulang ke tanah air.

Berkongsi gambar menarik di Instagram

Tatkala bercuti, pastinya merakam momen atau kenangan lalu dimuat naik dalam laman Instagram menjadi perkara wajib bagi ‘kaki jalan’ dengan latar belakang yang menarik.

Panorama indah, reka bentuk bangunan yang menarik, kawasan tumpuan yang menjadi tarikan utama tidak pernah menghampakan pengunjung di Perth.

JIKA memiliki masa terluang, anda bersama rakan boleh menimba pengalaman menghasilkan lipbalm sendir
JIKA memiliki masa terluang, anda bersama rakan boleh menimba pengalaman menghasilkan lipbalm sendiri di Vasse Virgin. 

Elfira sendiri tidak lepaskan peluang untuk mendapatkan gambar-gambar ‘Insta worthy’ apabila melawat The Pinnacles, Canal Rocks, Pink Lake di Hutt Lagoon, Kalbarri National Park dan Spanda di Elizabeth Quay.

Malah kunjungan ke Rottnest Island dan bergambar sepuas-puasnya lalu memuat naik dalam Instagram dengan tanda pagar #quokkaselfie pastinya menjadi antara perkara wajib dilakukan.

Kenangan yang dirakam berlatar belakang laut biru dan rumah bot di Blue Boatshed sudah tentu menjadi perhatian pengikut di laman sosialnya itu.