Pastinya malam tahun baharu akan menjadi salah satu aktiviti wajib untuk meraikannya bersama orang tersayang seperti keluarga dan rakan-rakan.

Namun, mungkin ramai yang masih tertanya-tanya di mana lokasi menarik, meriah dan ‘best’untuk dikunjungi bagi meraikan kehadiran tahun 2019.

Ini antara lokasi ‘best’ kami senaraikan untuk anda:

1)DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR

DATARAN Merdeka, Kuala Lumpur
DATARAN Merdeka, Kuala Lumpur 

Lokasi ini sering menjadi pilihan orang ramai bagi meraikan apa-apa sambutan terutamanya di malam sambutan tahun baharu. Menariknya di sini, orang ramai berpeluang menikmati pemandangan indah hasil daripada percikan bunga api di padang dataran tersebut tanpa perlu bersesak-sesak akibat jalan raya dan sebagainya. Pendek kata, pemandangan malam tahun baharu di Kuala Lumpur menjadi lebih indah jika disambut di sini.

2)MENARA BERKEMBAR PETRONAS (KLCC)

MENARA Berkembar Petronas (KLCC)
MENARA Berkembar Petronas (KLCC) 

Menara berkembar 88 tingkat tertinggi dunia ini bukan sahaja mercu kepada Malaysia malah menjadi lokasi wajib di malam tahun baharu. Kebiasaanya orang ramai akan berkumpul di KLCC Park bagi menanti detik-detik terakhir tibanya tahun baharu dan percikan bunga api yang berlatar belakangkan Menara KLCC.

3)DATARAN PUTRAJAYA

DATARAN Putrajaya
DATARAN Putrajaya 

Nama Putrajaya sering disebut-sebut setiap kali tibanya sambutan tahun baharu. Manakan tidaknya kerana Putrajaya sebenarnya telah pun meriah sejak 28 Disember lalu ekoran pesta cahaya sepanjang satu kilometer bersempena penganjuran Lights and Motion Putrajaya (LAMPU) yang berakhir pada malam ambang tahun baharu. Khabarnya, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga bakal berada di sana untuk meraikan sambutan tahun baharu 2019.

4)I-CiTY, SHAH ALAM

i-City, Shah Alam
i-City, Shah Alam 

Lokasi yang penuh dengan gemerlapan cahaya warna-warni itu akan lebih meriah dan indah di malam tahun baharu. Kebiasaanya, mereka yang hadir kesana hanya dapat menyaksikan cahaya-cahaya di atas tanah, namun di malam tahun baharu mereka berpeluang menyaksikan cahaya-cahaya indah di udara hasil daripada percikan bunga api. Rakam gambar kenangan tahun baharu pun tak menyesal.

5)GENTING HIGHLANDS

GENTING Highlands
GENTING Highlands 

Lokasi ini sering menjadi pilihan orang ramai khususnya bagi mereka yang sukakan suasana sejuk dan dingin malam. Sesuai dengan lokasinya di tanah tinggi Pahang dan tidak terlalu jauh dengan Kuala Lumpur. Menariknya, anda bukan sahaja berpeluang menyaksikan bunga api indah, malah ada juga aktiviti-aktiviti lain yang tidak kurang menariknya. 

6)AMPANG LOOK OUT POINT

AMPANG Look Out Point
AMPANG Look Out Point 


Lokasi ini ternyata lebih menarik kerana anda semua dapat menikmati pemandangan tinggi dari aras Bukit Ampang. Hampir seluruh bandar Kuala Lumpur anda dapat lihat dan semestinya seluruh kawasan yang meraikan sambutan tahun baharu anda akan dapat saksikan dari lokasi ini. 

Diharapkan lima lokasi yang kami sediakan ini dapat dijadikan rujukan dan pilihan untuk anda meraikan ambang Tahun Baharu 2019.

Di samping itu, sebagai maklumat tambahan perjalanan anda, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam satu kenyataan turut memaklumkan penutupan sebahagian jalan bersempena program “Menangani gejala Sosial: Smart Selangor, Safe Community Sempena Ambang Tahun Baru 2019’.

Menurut kenyataan itu, jalan yang terlibat adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan) bermula 28 Disember 2018 (Jumaat), bermula pukul 9.00 pagi sehingga 1 Januari 2019 (Selasa) pukul 12.00 malam. – UTUSAN ONLINE