Pengerusi VIC, Muhammad Afiq Aiman Sukry berkata, inisiatif itu dimulakan pihaknya apabila menyedari kos sewa ambulan untuk membawa pesakit kronik ke hospital adalah tinggi, lebih-lebih lagi jika mereka tinggal jauh dari hospital.

Sehubungan itu katanya, beliau berharap orang ramai sudi memberi sokongan kepada usaha VIC itu dengan cara menyalurkan sumbangan kepada tabung terbabit.

“Dalam misi membantu membawa pesakit kronik yang miskin ke hospital sebelum ini, VIC mengeluarkan kos pengangkutan yang tinggi.

“Kos ini boleh dikurangkan jika VIC memiliki ambulan sendiri yang kemudiannya kita wakafkan untuk kegunaan orang ramai, terutama golongan asnaf,” katanya ketika menghadiri program pemeriksaan kesihatan secara percuma di Selising, di sini hari ini.

Muhammad Afiq Aiman berkata, setakat ini, jumlah kutipan sumbangan orang ramai kepada tabung itu adalah sebanyak RM2,775 manakala pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak RM139,000 bagi membeli sebuah ambulan.

“Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada akaun rasmi VIC iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) - 0300241100004797.

“Setiap sumbangan perlu dimaklumkan kepada www.wasap.my/60199344077/WakafAmbulance,” - UTUSAN ONLINE