Pengarahnya, Dr. Zaini Hussin berkata, kesemua produk tersebut dirampas dalam 26 siri serbuan yang dilakukan oleh cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri bermula Januari hingga September lalu.

Beliau berkata, tindakan itu diambil hasil daripada maklumat dan aduan orang ramai serta agensi penguatkuasaan farmasi negeri lain.

“Antara yang dirampas ialah 534 produk tidak berdaftar; 35 produk mengandungi racun berjadual; 89 kosmetik tidak bernotifikasi; 635 cecair vape merangkumi racun berjadual; dua peranti digital dan satu bahan mentah.

“Kita mendapati produk ini menjadi pilihan pengguna kerana menawarkan tuntutan yang memberi keberkesanan dalam masa yang singkat serta harganya lebih murah berbanding produk yang berdaftar,” katanya.

Tambahnya, antara produk yang terlaris dalam kalangan pengguna adalah produk memutihkan kulit; menguatkan tenaga batin dan mengurangkan berat badan.

Beliau berkata demikian dalam Sidang Akhbar Khas Berkaitan Rampasan Sepanjang Tahun 2018 di Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Kelantan, Pengkalan Chepa di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE