Ramai yang datang berjumpa saya untuk rawatan ‘kembali dara’ melalui teknologi moden yang telah dikongsikan sebelum ini. Mereka bertanyakan tentang masalah kulit gelap di sekitar bahagian intim. Mereka yang datang meminta nasihat ini kebanyakannya wanita yang telah melahirkan, bertubuh gempal malah ada yang hadir kerana ingin mendirikan rumahtangga.

Punca

Penyebab bahagian intim hitam biasanya disebabkan dua faktor iaitu intrinsik dan ekstrinsik. Faktor intrinsik disebabkan daerah sekitar vagina mengandungi pigmen kulit yang lebih banyak. Bibir vagina normal akan nampak lebih gelap. Warna bahagian intim hitam amat dipengaruhi oleh pigmentasi dan banyaknya pembuluh darah di sekitar daerah tersebut. Penyebab vagina hitam seperti ini adalah satu perkara normal terutama dalam kalangan wanita yang telah melahirkan dan juga masalah kegemukan.

Faktor ekstrinsiknya pula adalah akibat gesekan pada daerah tersebut. Gesekan pada organ intim biasa disebabkan oleh pakaian dalam yang terlalu ketat atau kesan daripada menggaru.

Selain dua kategori di atas, ada beberapa keadaan yang menyebabkan warna bahagian intim hitam. Berikut adalah penyebab lain bahagian intim hitam, antaranya;

  • Penuaan.
  • Faktor keturunan.
  • Ketidakseimbangan hormon.
  • Sering mencukur bulu kemaluan.
  • Malnutrisi atau kekurangan vitamin.
  • Obesiti kerana berlaku iritasi semasa pergeselan peha.
  • Penggunaan jenis sabun, krim dan produk lain yang menyebabkan alergi.
  • Menggunakan pakaian ketat sehinggakan ada iritasi pada kulit.

Cuba amalkan tip untuk menghilangkan kesan gelap di bahagian intim dengan cara berikut;

Pencuci khas

Gunakan pencuci khas yang mempunyai ph antara 3.5 hingga 4.5 untuk mengekalkan bakteria yang baik iaitu lactobacilli. Apabila berlakunya ph yang tidak normal maka boleh menyebabkan infeksi malah lebih teruk lagi keputihan. Pilih pencuci yang boleh membantu memutihkan kulit di celah paha atau menghilangkan kesan gelap atau kehitaman pada bahagian ini secara lembut.

Skrub

Seperti wajah, bahagian intim juga sensitif dan mesti dijaga rapi. Lakukan skrub sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Gosok celah paha secara perlahan-lahan untuk membuang sel kulit mati. Jangan terlalu kuat kerana ia boleh mencederakan kulit.

Kebersihan

Jaga kebersihan, lap kering seluruh tubuh terutama pada bahagian celah paha. Pakai pakaian yang bersih, pilih seluar dalam yang selesa dan kering. Jangan pakai seluar yang terlalu ketat atau girdle yang kecil. Ini boleh menyebabkan paha bergesel dan kulit melecet. Akibatnya kulit menjadi gelap dan berparut.

Tabiat menggaru

Jika berasa gatal pada bahagian ini, jangan menggaru. Gosok dengan lembut menggunakan kain atau tuala. Tabiat menggaru meninggalkan parut yang hodoh dan menjadikan kulit gelap serta menggerutu.

LASER merupakan rawatan moden untuk mengilangkan kehitaman kulit.
LASER merupakan rawatan moden untuk mengilangkan kehitaman kulit.

Kerap tukar 
tuala wanita

Ketika datang haid, tukar tuala wanita dengan kerap untuk kebersihan bahagian sulit. Jika tuala wanita terlalu penuh sehingga bocor terkena seluar dalam, ia boleh menyebabkan jangkitan dan kegatalan kulit.

Losen pencerah

Bagi anda yang mengalami kesan gelap yang serius, dapatkan bantuan ahli farmasi. Beli losen atau krim khas yang dapat merawat kulit pada celah paha. Ia membantu mengurangkan kesan gelap tanpa kesan sampingan.

Bahan alami dan mesin berteknologi tinggi

Rawatan pencerahan di bahagian intim menggunakan bahan alami yang selamat dan bebas bahan kimia. Merawat kulit secara semula jadi dengan kombinasi mesin berteknologi tinggi mampu mencerahkan kawasan yang gelap. Antaranya seperti 
Laser Q-switch yang dipancarkan pada ketiak dan celah paha. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, saya sarankan pelanggan lakukan rawatan ini dua kali sebulan. Selepas rawatan, bahagian yang gelap akan bertukar menjadi cerah.

Selain mencerahkan, rawatan kombinasi moden dan alami ini akan memberikan kebaikan seperti berikut;

  • Melembutkan kulit.
  • Mencerahkan bahagian celah paha dan ketiak.
  • Membuang sel kulit mati.
  • Menghaluskan kulit.
  • Mengatasi masalah bau badan.
  • Menganjalkan kulit.