Melalui kempen ini, ibu bapa menunjukkan cara memberus gigi dengan betul kepada anak-anak supaya mereka mengamalkan kesihatan oral yang baik sepanjang hayat.

Menurut Pengurus Kanan Jenama, Divisyen Penjagaan Oral Southern Lion Sdn. Bhd., Loo Mei Fong, kempen itu mudah kerana ibu bapa hanya perlu melengkapkan anak-anak mereka dengan ubat gigi, berus gigi, teknik dan model yang betul.

“Ibu bapa perlu meluangkan masa setiap hari bersama anak-anak semasa memberus gigi supaya impian kanak-kanak memiliki gigi sihat dan senyuman berseri sepanjang hayat tercapai.

“Menjaga gigi susu anak-anak sangat penting kerana ia akan membentuk gigi yang sihat ketika dewasa,” katanya dalam satu kenyataan.

Kajian ke atas kanak-kanak di Malaysia mendapati tujuh daripada 10 kanak-kanak mengalami masalah kesihatan oral dan antara yang paling membimbangkan adalah masalah gigi reput atau karies gigi.

Tambah Mei Fong, ubat gigi Kodomo Lion boleh membantu membaik pulih karies gigi kanak-kanak di peringkat permulaan dengan ibu bapa hanya perlu mengajar mereka menggunakan ubat gigi dan berus gigi berkualiti dua kali sehari.

“Kaedah tersebut sesuai untuk pertumbuhan oral kanak-kanak dan gosok gigi sekurang-kurangya dua minit secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang memuaskan,” jelasnya.

Dalam pada itu doktor gigi, Dr. Lim Zi Wei berkata, kesihatan gigi anak-anak sama penting dengan anggota badan yang lain.

“Apabila anak-anak mempunyai gigi pertama, itu menunjukkan sudah tiba masanya untuk ibu bapa memberus gigi anak dengan ubat gigi berflorida.

“Memberus gigi bayi atau anak kecil adalah tanggungjawab ibu bapa dan mereka harus mengajar cara memberus yang betul sekurang-kurangnya ketika anak sudah mencecah umur lima tahun atau ketika sudah boleh memberus gigi sendiri.

“Masa yang dihabiskan ibu bapa dan anak-anak ketika memberus gigi adalah berharga dan ia dapat mengeratkan lagi perhubungan sesama mereka selain membantu mengekalkan rongga dan menanam tabiat penjagaan gigi yang sihat sepanjang hayat,” jelasnya.

Tambah Zi Wei, ibu bapa harus merancang mengatur temu janji dengan doktor gigi secara rutin dan mengawal pemakanan anak-anak terutama makanan manis selain mengalakkan anak-anak memberus gigi dan flos.

Dalam perkembangan lain, Kodomo Lion juga bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menggerakkan kempen itu di peringkat pra sekolah dan telah menjalin kerjasama dengan sekolah-sekolah di sekitar Johor sejak 20 tahun lalu. Syarikat itu juga berhasrat meluaskan kerjasama dengan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

Ubat gigi Kodomo Lion menggunakan teknologi pergigian termaju bagi menghasilkan satu formulasi ubat gigi ‘5 peratus Xylitol + Active Fluoride’ yang membantu mengembalikan mineral dan membaiki masalah karies pada peringkat awal.

Jenama ubat gigi ini juga didatangkan dalam rekaan menarik dan mengandungi empat perisa tanpa gula iaitu strawberi, anggur, oren dan epal untuk menarik minat kanak-kanak memberus gigi selain mempunyai formulasi kurang buih bagi menggalakkan mereka memberus gigi dengan lebih lama.