Namun, tahukah anda tiga peratus wanita yang melakukan pembedahan implan silikon mengalami kebocoran implan dalam tempoh tiga tahun? Kebanyakan pembedahan implan silikon menyebabkan payudara berlekuk di bahagian atas, menghasilkan bentuk yang tidak asli. Lebih teruk lagi, ia berisiko tinggi mengakibatkan kontraksi kapsular iaitu reaksi tidak normal tubuh terhadap benda asing.

Ia juga menyebabkan implan pecah atau pemindahan implan yang perlu dilakukan berulang kali. Membimbangkan, ada yang mengatakan mereka mendapatkan pembedahan implan silikon pada harga di bawah RM300. Ia tentunya satu pembedahan yang bakal memberi masalah kerana pembedahan kecantikan seperti ini lazimnya melibatkan kos yang tinggi, sekurang-kurangnya RM7,000.

Terdapat dua kaedah pengimpalan payudara yang boleh dipilih mengikut kesesuaian pesakit sama ada melalui pembedahan plastik (breast implants) ataupun memilih kaedah memasukkan tisu, lemak atau kulit yang diambil dari bahagian anggota badan pesakit (tissue flaps).

Kombinasi teknik tersebut terpulang kepada pesakit untuk memilihnya mengikut kesesuaian dan keselesaan mereka. Namun, kaedah ini ternyata berjaya memberi harapan dan senyuman kepada wanita yang merasa rendah diri tanpa payudara di Eropah.

Kaedah pemulihan payudara yang menggunakan breast implants dilakukan dengan cara memasukkan gel silikon di bawah kulit atau pada otot dada bagi membolehkan pembentukan semula payudara yang telah dibuang.

Bagi kaedah tissue flaps pula ialah dengan cara membentuk payudara menggunakan tisu, lemak atau kulit yang diambil dari bahagian anggota badan pesakit, kemudian ia dimasukkan di bawah kulit dada.

Kedua-dua kaedah rawatan itu masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Pesakit perlu meminta nasihat daripada pakar sebelum memilih salah satu daripada kaedah tersebut.

Jangka hayat implan yang digunakan antara lima hingga 20 tahun bergantung kepada jenis implan yang dipilih. Kekerapan pemeriksaan pula, dilakukan secara normal iaitu tidak terlalu kerap.

Breast reconstruction

Perlu diingat, breast reconstruction tidak merbahaya apatah lagi dengan adanya kaedah yang lebih canggih pada masa kini. Jika anda memilih kaedah implan silikon, anda perlu memilih kualiti yang baik dengan nasihat pakar. Implan jenis yang berkualiti rendah mudah pecah dan lebih serius boleh menyebabkan penyakit lain.

Rawatan kecantikan sepatutnya memberi hasil yang hampir menyamai kecantikan semula jadi termasuk dalam pembedahan implan payu dara. Ia bukan sekadar tentang membesarkan atau mengecilkan payudara.

Sebaliknya, ia juga tentang memiliki payudara yang lembut, penuh dan berbentuk semula jadi.

Selain implan silikon, implan saline (menggunakan air atau larutan bergaram menggantikan silikon) turut digunakan. Implan jenis ini turut memberi kesan buruk termasuk bunyi implan seperti air yang mungkin boleh didengar dan risiko pecah.

Satu rawatan alternatif yang lebih sihat berbanding silikon diperkenalkan iaitu suntikan hyaluron iaitu sejenis polisakarida dan lemak yang wujud secara semula jadi di bawah permukaan kulit manusia. Namun, ia tidak boleh membesarkan payu dara dengan kadar segera seperti implan .

Dalam pada itu, tiada kajian khusus yang mengatakan penggunaan secara terus terang bahawa implan penyebab kepada kanser payu dara. Namun, penggunaan implan boleh menyebabkan situasi kronik. Sekiranya ada kanser di dalam payudara, sukar untuk dikesan kerana ia menutup gambaran imej payudara semasa mamogram.

Justeru, wanita yang menggunakan implan untuk pembesaran payudara supaya mengetahui risiko yang bakal dihadapi. Penggunaan implan untuk pembesaran payudara tidak digalakkan kerana risiko untuk implan pecah adalah agak biasa.

Apabila ini terjadi pembedahan ulangan untuk kes seperti ini boleh menimbulkan lebih komplikasi dan keadaan payu dara adalah lebih buruk.