Namun anda tidak perlu bimbang jika menikmati Yzen yogurt sejuk beku (froyo) kerana yogurt yang dihidangkan tidak mempunyai sebarang gula tambahan malah kaya dengan probiotik.

Terletak di Tamarind Square, Cyberjaya, pengasas Yzen, Raymond Chan, 32 berkata, keunikan froyo di Yzen ialah menggunakan ubi keledek ungu untuk gantian gula justeru rasa manisnya adalah semula jadi tanpa sebarang gula diproses.

Menghidangkan satu perisa sahaja iaitu perasa asli, froyo Yzen akan memberi rasa kenyang kepada pelanggan kerana kandungan fibernya yang tinggi terdapat dalam ubi keledek sekali gus menjadi makanan gantian kepada mereka.

“Yogurt bagus untuk penghadaman berbanding aiskrim malah boleh dimakan setiap hari kerana kalori yang rendah. Tidak perlu bimbang gemuk kerana tidak banyak gula digunakan. Malah bagi 100 gram yogurt hanya mengandungi 101 kalori,” kata Raymond.

Yzen yang merupakan jenama tempatan terbina melalui minat Raymond terhadap pencuci mulut aiskrim. Bagaimanapun menyedari hidangan itu tidak sihat untuk dimakan setiap hari dia beralih kepada hidangan yogurt sejuk beku yang juga menjadi kegemaran keluarganya terutama apabila dihasilkan oleh ibunya.

“Selain sihat, yogurt mempunyai probiotik tinggi. Bagus untuk pengha­daman malah ujian makmal mendapati satu gram yogurt mempunyai 2.9 bilion probiotik,” katanya yang membuka kios di Cyberjaya pada 19 April tahun lalu.

Froyo Yzen dihadirkan dengan pelbagai jenis sos dan topping dengan harga bagi mini froyo beserta sos ialah RM5.90 manakala saiz biasa, RM13.90 dengan satu sos dan dua topping manakala untuk saiz besar pula disertakan satu sos dan tiga topping berharga RM17.90.

Pelang­gan yang gemar pelbagai topping dalam froyo boleh memilih Lay-zen parfait dengan lapisan dua crunch pilihan antara oren crumb bersama lotus biscoff cookie crumbs, dua jenis buah-buahan dan sos pilihan pelanggan, ditambah jeli gula perang berserat tinggi diperbuat daripada rumpai laut, berharga RM16.90.

Dalam pada itu katanya, sos kegemaran pelanggaan yang juga signature Yzen yogurt ialah sos coklat gelap dan susu coklat yang mana kedua-duanya menggunakan coklat Belgium, sos butter scotch dan oreo. Selain itu setiap minggu Yzen turut menawar­kan sos istimewa khusus untuk pelanggan iaitu sos lotus caramalised biscuit selain sos milo.

Pelanggan yang ingin membawa pulang froyo, Yzen menawarkan potongan harga sebanyak 23 peratus pada setiap Khamis dengan pembelian froyo menggunakan bekas bertutup 400 gram pada harga RM29 untuk satu bekas, dua bekas (RM55) dan tiga bekas berharga RM79.

Pada setiap Isnin pula, Yzen menawarkan mini froyo dengan harga RM2 jika pelanggan membeli froyo lain manakala setiap Selasa bermula bulan depan, Yzen menawarkan potongan 23 peratus kepada pelanggan yang membeli froyo di kiosnya.

Menurut Raymond, lokasi kios Yzen di Cyberjaya yang pada masa sama dihuni oleh sebahagian besar warga asing turut membuatkan froyo Yzen menjadi tumpuan terutama warga Asia Barat.

Selain Cyberjaya, Yzen juga mempunyai cawangan di Seksyen 15 Subang Jaya dan Setapak Central Mall. Setiap cawangan mempunyai sos mingguan istimewa yang berbeza.